Donation to Malaysia Association for the Blind

The Community Service Chairman received an official appeal from Malaysia Association for the Blind as the organization is aiming to raise RM 200,000 for food essential items to aid 1000 needy visually-impaired people ( VIPs). To aid this project, the Community Service Committee approved a RM1000 cash contribution for this noble cause.

Here we encourage our members who would like to contribute, to refer to below appeal letter from MBF:

YBhg Tuan,

PER : PERMOHONAN BANTUAN BAGI MENYEDIAKAN BARANG KEPERLUAN ASAS KEPADA OKU PENGLIHATAN AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI SELURUH NEGARA OLEH YAYASAN ORANG BUTA MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. YOBM adalah singkatan kepada Yayasan Orang Buta Malaysia secara lazim telah mengadakan program amal kebajikan kepada OKU Penglihatan pelbagai agama, bangsa dan latar belakang. Untuk makluman, terdapat lebih 50,000 OKU Penglihatan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada masa ini.

2. Namun, daripada tahun 2020 hingga hari ini ianya sangat berbeza dimana terdapat majoriti dikalangan OKU Penglihatan telah terputus bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat-kuasakan oleh Kerajaan. Rata-rata OKU Penglihatan adalah dikalangan mereka yang bekerja sendiri iaitu bergantung 100% kepada pendapatan harian, contoh seperti juruurut, jururefleksologi, penghibur jalanan dan penjaja tisu jalanan. Meraka kini meneruskan kelangsungan hidup hanya dengan bantuan dari JKM dan NGO semata-mata.

3. Barangan asas yang dicadangkan adalah beras, tepung, gula, minyak masak, sardin, ikan bilis, telur, teh, susu manis, mee segera, biskut, lampin pakai buang bayi, susu bayi dan tuala wanita.

4. Kami memohon sumbangan pihak YBhg Tuan bagi bersama-sama menaja misi bantuan ini yang dianggarkan berjumlah RM200,000.00 keseluruhannya (RM200.00 x 1000 keluarga), kami amat mengalu-alukan sebarang jumlah sumbangan ikhlas.

5. Sebarang jumlah sumbangan "BANTUAN MAKANAN ASAS PKP" haruslah disalurkan kepada 'YAYASAN ORANG BUTA MALAYSIA' (Bank Islam Malaysia Berhad) NO AKAUN : 142-100-1000-567-4.

6. Untuk makluman, sebarang jumlah tajaan tunai akan mendapat pelepasan cukai "DIBAWAH SUBSEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967; RUJUKAN: LHDN.01/35/42/51/179-6.8326".

Jika pihak YBhg Tuan memerlukan keterangan lanjut mengenai program ini, sila berhubung terus dengan pegawai-pegawai kami sama ada melalui talian telefon atau emel seperti berikut:

-En. Hakimi bin Hj Hassan – Ketua Pegawai Operasi: 0322766616 / 0163028267 / [email protected]

-Pn. Seri Diana bt Razali – Pegawai Pentadbiran: 0322766616 / 0193563974 / [email protected]

-En. Andy Boo Teck Joo – Pegawai Teknikal: 0322766616 / 0192272757 / [email protected]

Akhir kata, segala kerjasama dan sokongan serta sumbangan yang dihulurkan oleh pihak YBhg Tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

(Silatul Rahim Bin Dahman D.J.N., K.M.W)

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif.

Yayasan Orang Buta Malaysia.(PPAB-54/2013)

On Behalf of:

Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) | Malaysian Foundation For The Blind

(MFB),

58A, Jalan Padang Belia Off Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

My Phone: (+603) 2276-6616 2276-6919 | My Fax: (+603) 2274-1130

My e-mail: [email protected] | [email protected]

My URL: www.mfb.org.my

FB Page: http://www.facebook.com/malaysianfoundationfortheblind


Share this Post

Lets Get in Touch

We Make An Impact.
We Take Action.